Arab Saudi Sokong Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20
Asia
Dito Ariotedjo
Advertisements

Kuasa bola sepak Asia, Arab Saudi sedia memberi sokongan kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20).

Perkara ini dinyatakan sendiri Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi, Bader bin Abdul Rahman Al-Qadi hari ini.

Pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha Indonesia dan Arab Saudi memperkukuh kerjasama dalam bidang sukan terutama sukan bola sepak.

Advertisements

“Pertemuan ini kemudian ditutup manis dengan komitmen Arab Saudi yang bersedia mendukung bidaan Indonesia menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 FIFA!

“Harapannya, pertemuan dan program yang akan dijalankan bersama dapat terus memperkuat hubungan bilateral Indonesia dan Arab Saudi serta kemajuan bagi kedua-dua negara,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Advertisements

Indonesia sebelum ini pernah mendapat hak sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 untuk edisi 2023.

Walau bagaimanapun, hak penganjuran tuan rumah kejohanan itu kemudiannya ditarik balik oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ini susulan tindakan Bali yang enggan menjadi tuan rumah kepada pasukan Israel B-20.

Advertisements

Akibatnya, dana FIFA Forward yang diterima Indonesia dibekukan atas arahan badan induk itu. Sementara hak penganjuran Piala Dunia B-20 2023 diserahkan kepada Argentina.

Pembatalan hak tuan rumah Piala Dunia B-20 juga mengakibatkan Indonesia berdepan kerugian kewangan sebanyak 3.7 trilion rupiah (RM1.1 bilion).

Advertisements

Indonesia kemudiannya dianugerahkan hak tuan rumah Piala Dunia B-17 2023 oleh FIFA selepas tuan rumah sebelumnya, Peru menarik diri.

Selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi, Dito turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Nassr, Guido Fienga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram