Arab Saudi Tagih Sentuhan Bekas Jurulatih Man City Ke Piala Asia
Asia
Manchester City
Advertisements

Pasukan kebangsaan Arab Saudi dikatakan sedang mencuba untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih Manchester City, Roberto Mancini sebelum berdepan Malaysia.

Sungguhpun Arab Saudi melalui kempen yang cukup cemerlang di pentas Piala Dunia Qatar tahun lalu, mereka kehilangan ketua jurulatih, Herve Renard yang berhijrah ke skuad wanita Perancis.

Mereka kini dalam usaha mencari sentuhan baharu dengan bekas pengendali Itali itu menjadi sasaran.

Advertisements

Pengalaman luas Mancini di pentas bola sepak Eropah dilihat satu percaturan baharu oleh Saudi yang kini melalui revolusi bola sepak yang cukup pesat.

Menerusi beberapa sumber, pengendali berusia 58 tahun ini kini menjadi pilihan utama untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada skuad utama Arab Saudi dan bola sepak Asia.

Mancini meletakkan jawatan selaku jurulatih Itali tidak lama sebelum ini dikatakan berpunca daripada salah faham dan keputusan peribadinya sendiri.

Advertisements

Beliau dikatakan menerima tawaran lumayan sebesar RM1.8 Juta dengan kontrak selama 4 tahun.

Ini juga bakal menjadi medan ujian terbaik buat Malaysia yang dijadualkan berdepan pasukan gergasi Asia itu pada Januari tahun hadapan.

@fariszukeiman

Malaysia berdepan cabaran hebat ke Piala Asia. Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #HarimauMalaya #kimpangon #ArabSaudi #PialaAsia

♬ Dj Tang Tang Tang – Sanxanex

Sebagai rekod, Mancini pernah menjulang EPL bersama City pada tahun 2012, 4 kali kejuaraan Liga Itali bersama Inter Milan dan satu kejuaraan Eropah bersama pasukan kebangsaan Itali.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram