Arab Saudi, Uzbekistan Lawan Terakhir Malaysia Sebelum Piala Asia B-17
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Selepas skuad Malaysia B-17merekodkan lima kemenangan daripada enam perlawanan di Qatar baru-baru ini, persiapan anak-anak buah Osmera Omaro untuk Piala Asia B-17 berjalan lancar. Dan bagi memastikan skuad negara bertambah mantap, dua lagi aksi persahabatan menentang Arab Saudi dan Uzbekistan turut diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dua lawan ini dipilih berdasarkan beberapa faktor. Pertama, kedua-dua lawan ini merupakan pasukan yang turut layak beraksi ke Piala Asia B-17 dengan Arab Saudi dalam Kumpulan C dan Uzbekistan (Kumpulan D).

Kedua, kedua-dua lawan ini menawarkan cabaran fizikal sama yang perlu dihadapi anak-anak buah Osmera bila berdepan Yaman dalam Kumpulan A. Ini sekaligus memastikan Harimau Muda menyesuaikan diri dengan cabaran sebegini dan mampu bersedia dari segi fizikal mahupun mental.

Advertisements

Selain Malaysia dan Yaman, tuan rumah Thailand dan Laos turut melengkapkan senarai pasukan dalam Kumpulan A. Anak-anak buah Osmera pastinya berharap dapat sekurang-kurangnya sampai ke peringkat suku akhir seperti yang dicapai pada edisi 2014.

Tetapi selepas melihat Harimau Muda B-17 cemerlang menumpaskan lima lawan mereka semasa di Qatar, ada yang percaya skuad ini mampu layak ke Piala Dunia B-17.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram