Arctic Open: Lee Zii Jia Singkirkan Pemain No. 3 Perancis
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Pemain nombor empat dunia, Lee Zii Jia membuka kempen mempertahankan kejuaraan Arctic Open dengan menewaskan Christo Popov di pusingan pertama.

Selepas dikecewakan Koki Watanabe dalam pusingan pertama China Open 2024, Zii Jia berharap dapat mempertahankan kejuaraan Arctic Open yang dimenanginya pada 2023.

Ad

Walau bagaimanapun, Popov menjadi penghalang antara beliau dan pusingan kedua kejohanan. Zii Jia berjaya mengatasi adik pemain nombor satu Perancis, Toma Junior Popov itu sekali dalam rekod pertemuan mereka sebelum ini.

Ad

Set pertama menyaksikan Popov berusaha menyaingi corak permainan juara Thailand Open 2024 itu. Pada satu ketika, kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 7-7.

Ini mendorong Zii Jia memperkemas rentak permainannya dan membolehkannya mendahului pada kedudukan 11-9. Dan itu sudah cukup buat juara All England 2021 itu untuk meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-15.

Ad

Set kedua menyaksikan Popov yang berstatus pemain ke-27 dunia cuba menghidupkan peluang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Malangnya, Zii Jia makin dominan dengan mendahului pemain berusia 22 tahun itu pada kedudukan 11-4.

Ad

Meskipun Popov cuba merapatkan jurang mata, juara Australian Open 2024 itu kekal unggul di hadapan. Zii Jia menang set kedua dengan keputusan 21-11.

Ad

Zii Jia bakal berdepan sama ada wakil China, Lei Lan Xi atau wakil Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua Arctic Open 2024.