Argentina Akan Turunkan Skuad Simpanan Hadapi Ancaman Indonesia
Asia
@afaseleccion
Advertisements

Ramai penyokong Indonesia tidak berpuas hati apabila Lionel Messi tidak akan menyertai skuad Argentina yang akan menentang Tim Garuda pada 19 Jun ini. Dan hal ini turut disahkan jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni dengan pasukan simpanan mereka bakal menjadi lawan pasukan bimbingan Shin Tae-yong itu.

Keputusan ini mungkin menghampakan ramai penyokong dan pemain Timnas Indonesia. Tetapi bagi Scaloni, inilah peluang untuknya menguji pemain-pemain yang tidak diturunkan semasa perlawanan menentang Australia di Beijing semalam.

Selain itu, beliau juga mahu melihat mereka yang dipanggil mampu menampilkan aksi mantap untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan. Argentina bakal turun menentang Ecuador untuk aksi pertama kelayakan pada September ini.

Advertisements

“Kami berfikir tentang membuat semua perubahan ini, sudah pasti. Dan membiarkan mereka bermain kerana mereka layak untuk bermain. Kami perlu menambah lebih ramai pemain,” katanya kepada media selepas perlawanan menentang Australia seperti dipetik portal La Nacion.

Antara pemain yang dijangka bakal diberi peluang ialah Facundo Medina, Alejandro Garnacho, Leonardo Balerdi, Exequiel Palacios, Thiago Almada, Lucas Ocampos, Giovani Simeone dan Facundo Buonanotte.

Advertisements

Di samping itu, Scaloni juga mahu memberi rehat kepada Messi, Nicolas Otamendi dan Angel Di Maria. Ini kerana ketiga-tiga pemain ini sudah mengharungi musim bola sepak Eropah yang panjang.

“Messi, Otamendi dan Di María perlukan rehat. Itu keputusan saya. Mereka tidak bertanya kepada saya pun. Mereka berhak mendapat rehat mereka.

Advertisements

“Mereka amat berhak menerimanya lebih daripada orang lain. Daripada semua pemain, tiada siapa pun bangkitkan hal itu kepada saya. Ini bermakna mereka beraksi dengan bagus dan itu sangat baik,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram