Argentina mara ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menundukkan Ukraine dalam aksi peringkat kumpulan pada semalam.
Pemain tengah Argentina, Thiago Almada mencatat nama sebagai penjaring untuk jaringan pertama perlawanan sebelum Claudio Echeverri melengkapkan malam gemilang Argentina dengan gol kemenangan. Argentina mencatat kemenangan bergaya mengatasi Ukraine dengan keputusan 2-0.
Kemenangan itu menjadikan skuad kendalian Javier Mascherano diangkat sebagai naib juara Kumpulan B dan pasukan Morocco menjadi juara kumpulan.
Selepas ini, Argentina bakal berdepan cabaran pasukan Perancis di pentas suku akhir. Perancis menjadi juara Kumpulan A selepas mencatat rekod tanpa kalah apabila menang dalam kesemua tiga aksi di peringkat kumpulan.
Argentina dan Perancis akan berentap pada Sabtu, 3 Ogos 2024 pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Kedua-dua pasukan dalam misi meraih slot ke pentas separuh akhir temasya Sukan Olimpik 2024.