Arif Aiman ‘Balas’ Kerisauan Penyokong Kyrgyzstan Dengan Aksi Menakjubkan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi membalas kerisauan peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kyrgyzstan dengan aksi yang menakjubkan.

Diberi kepercayaan oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Arif mempamerkan kualiti yang beliau miliki dengan membantu Malaysia mencatat jaringan.

Kemenangan 4-3 Malaysia mengatasi Kyrgyzstan pada kelmarin merupakan satu langkah kanan buat pasukan negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Advertisements

Jika diperhalusi, kesemua empat jaringan yang dicatat Malaysia ini bermula daripada gerakan, kerja keras dan penglibatan daripada Arif Aiman.

Arif Aiman mencatat empat bantuan jaringan yang mana dua daripada itu terhasil daripada sepakan penjuru yang diambil Arif lalu disempurnakan Dion Cools, satu jaringan hasil kesilapan pertahanan lawan yang tertampan ke gawang sendiri dan jaringan kemenangan bermula daripada gerakan bertanaga Arif Aiman yang memberi ruang buat Faisal Halim meledak.

Advertisements

Kerisauan awal penyokong dari Kyrgyzstan ini benar-benar menjadi kenyataan apabila Arif sememangnya beraksi dengan cukup baik pada malam tersebut.

“Dia (Arif Aiman). Dia ialah pemain paling berbahaya di Malaysia,” tulis salah seorang penyokong pasukan Kyrgyzstan.

Advertisements

Malaysia bakal mengharungi satu lagi aksi pada bulan ini iaitu berdepan Taiwan pada Selasa, 21 November 2023. Dalam saingan kelayakan Kumpulan D, Malaysia di tangga kedua berkongsi mata dengan pasukan Oman namun dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Satu misi penting buat anak buah Kim Pan-gon untuk mengutip tiga mata penting berdepan Taiwan di laman lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram