Arif Aiman Berada Di Tempat Yang Betul
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof berpendapat bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan tempat yang tepat buat Arif Aiman ketika ini.

Pemain sayap muda tersebut melalui satu lagi musim yang cukup gemilang bersama pasukan JDT apabila sudah pun merangkul 3 kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA.

Ad

Malah, nama Arif juga menjadi bualan hangat di Asia apabila meledak 5 jaringan buat JDT dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini untuk berada di dalam senarai penjaring terbanyak.

Ad

Oleh itu, Nizaruddin yakin bahawa Arif Aiman kini berada di dalam persekitaran terbaik untuk perkembangan karier dan dari pelbagai aspek, semuanya berada pada landasan yang tepat buat pemain muda itu.

”Sebenarnya ketika ini dia (Arif Aiman) berada di pasukan, rumah dan segala-galanya di tempat yang betul,” ulas Nizaruddin ketika diundang oleh Astro Arena sebagai pundit.

Ad

”Jika tanya kepada saya, kalau nak meningkatkan prestasi diri sebagai pemain bola sepak, Arif Aiman dah berada di dalam perjalanan menuju ke arah itu.”

Ad

Beliau turut menekankan kepentingan sikap merendah diri dan memberi kredit kepada Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di atas perhatian yang diberikan kepada Arif, yang dilihat bagai faktor penting dalam perkembangan karier pemain muda ini.

Ad

”Saya berharap dia (Arif Aiman) masih kekal sebagai orang yang sama, sentiasa ingin mempelajari dan kita tahu juga, bos (DYAM Tunku Mahkota Ismail) menjaga dia cukup baik.”

”Dan akan gunakan Arif Aiman di perlawanan-perlawanan yang penting,” kata Nizaruddin.

Arif yang juga tonggak penting skuad Harimau Malaya kini di dalam persiapan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT vs Sri Pahang pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments