Arif Aiman Dan Faisal Halim Dipelawa Beraksi Di Liga Australia?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Dua pemain Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim sudah diketahui merupakan dua pemain terbaik di Malaysia buat masa ini. Tidak mustahil jika terdapat kelab luar mahukan khidmat kedua-dua pemain sayap lincah ini.

Baru-baru ini, portal Harimau Malaya ada menemubual ketua jurulatih sementara Central Coast Mariners, Abbas Saad mengenai pemain-pemain yang beliau minati untuk dibawa beraksi di Australia. Dan jawapannya adalah Arif Aiman dan Faisal Halim.

Ad

“Bagi saya Arif adalah pemain terbaik di Malaysia dan tidak jauh di belakangnya adalah Faisal, mereka mungkin dua pemain paling kecil di Liga Super tetapi mereka adalah pemain terbaik di sini.

Ad

“Saya suka sekiranya dapat melihat mereka beraksi di Liga Australia satu hari nanti, dan kelab kami tentu sekali berminat dengan salah seorang atau kedua-duanya kerana mereka sangat berbakat,” jelas Abbas Saad seperti dilaporkan Harimau Malaya.

Arif Aiman dan Faisal Halim dijangka akan menjadi sandaran ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dalam kejohanan Piala Asia pada awal tahun hadapan. Jika kedua-dua mereka berjaya mengekalkan kecemerlangan, sudah tentu lebih banyak pasukan luar yang akan cuba memancing mereka.

Ad