Arif Aiman & Safawi Rasid Catat Beza ‘Saham’ Terbaru
MakanBola
JST/TFC
Sponsors

Jurang saham antara dua bintang negara, Arif Aiman dan Safawi Rasid mencuri tumpuan.

Kedua-dua pemain ini menjadi antara tonggak paling cemerlang bersama kelab masing-masing dengan Arif muncul pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia kali keempat berturut-turut. 

Ad
Sponsors

Tonggak berusia 23 tahun itu juga merangkul anugerah Pemain Tengah Terbaik selain jaringannya dinobatkan selaku gol terbaik musim 2024/25.

Ad

Persembahan cemerlang pemain sayap lincah ini bersama Harimau Selatan menyaksikan beliau menjadi pemain tempatan paling bernilai di Liga Malaysia ketika ini.

Berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran Arif Aiman kini mencecah 600,000 Euro (RM2.8 Juta).

Ad

Safawi Rasid menikmati musim cemerlang  bersama Terengganu FC selepas merekodkan 18 jaringan secara keseluruhan bagi semua pertandingan musim 2024/25.

Ad

Kapten skuad Peteh ini menjadi nadi utama bahagian sayap kanan Terengganu dan membentuk gandingan mantap bersama Akhyar Rashid.

Ad

Tonggak berusia 28 tahun ini dinilai pada tanda harga 250,000 Euro (RM1.2 Juta) sekali gus merekodkan perbezaan kira-kira 350,000 Euro (RM1.6 Juta) antara dua pemain handalan Harimau Malaya ini.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi bayangan bahawa Safawi Rasid akan pulang ke pangkuan JDT bagi musim baharu.

“Safawi Rasid pulang ke pangkuan JDT selepas tempoh pinjaman bersama Terengganu berakhir 30 Jun 2025,” ujarnya di laman X.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments