Hasrat Jurulatih Liverpool, Arne Slot untuk memberikan senyuman pertama buat penyokong Liverpool tidak menjadi kenyataan apabila menyaksikan Liverpool tewas kepada kelab Liga Championship, Preston North End.
Slot yang menurunkan hampir 90 peratus pemain muda akur dengan kekalahan 0-1 kepada Preston hasil jaringan tunggal bekas pemain Manchester United, Robie Brady.
Antara pemain bintang yang diturunkan Slot adalah Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai, Harvey Elliott, Fabio Carvalho dan Wataru Endo.
Perlawanan yang diadakan secara tertutup di Pusat Latihan AXA di Liverpool ini menjadi aksi pertama Liverpool di bawah kendalian Arne Slot.
Untuk aksi seterusnya, Liverpool bakal bertemu pasukan La Liga Sepanyol, Real Betis yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai ini.
Arne Slot merupakan jurulatih baru Liverpool bagi menggantikan Jurgen Klopp yang tamat kontrak pada penghujung bulan Jun.