Arsenal Buat Pep Guardiola Tak Senang Duduk
MakanBola
Manchester City
Sponsors

Peningkatan kualiti pemain Arsenal dari tahun ke tahun membuatkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak senang duduk.

Bagi merapatkan jurang dengan City, The Gunners mula berbelanja besar sejak beberapa musim lalu. Antara pemain yang dibawa ke Stadium Emirates ialah Kai Havertz, Gabriel Jesus dan Martin Odegaard.

Ad
Sponsors

Peningkatan kualiti ini terserlah apabila The Gunners menghambat City dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24. Persaingan sengit dua pasukan ini berlanjutan sehingga hari terakhir musim.

Ad

Pada akhirnya, City muncul juara dengan 91 mata. Sementara Arsenal terpaksa berpuas hati dengan naib juara selepas mengutip 89 mata.

Meskipun berstatus naib juara, kedua-dua pasukan berkongsi 28 kemenangan dalam liga. Satu-satunya aspek yang menyebabkan The Gunners tidak dapat memintas City ialah lima kekalahan yang direkodkan dalam musim sama.

Ad

Atas sebab itu, Guardiola percaya anak buah Mikel Arteta itu bakal memberi saingan hebat kepada The Citizens untuk musim 2024/25.

Ad

“Tahun demi tahun Arsenal makin bagus, ini disebabkan mereka banyak melabur dalam skuad mereka. Kedalaman skuad (dengan) menambah lebih ramai pemain berkualiti tinggi.

Ad

“Jika saya katakan sesuatu, orang kata saya bermain perang saraf atau sesuatu macam itu tetapi saya pandang tinggi tentang mereka,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan seperti dilaporkan Fabrizio Romano.

City bakal menentang The Gunners di Stadium Etihad pada 22 September ini. Pasukan itu berharap Kevin de Bruyne dapat beraksi selepas mengalami kecederaan groin dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan Inter Milan.