Asean Championship Mitshubishi Electric Cup 2024 menyaksikan Malaysia diundi berdepan Thailand sambil Indonesia menghadapi laluan berliku.
Majlis Undian yang berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 21 Mei 2024 itu menyaksikan debaran terasa bagi 10 pasukan yang mengambil bahagian.
Juara bertahan, Thailand berada dalam Balang 1 bersama finalis tahun 2022, Vietnam manakala Malaysia dan Indonesia berada pada Balang 2.
Filipina dan Singapura diletakkan dalam Balang 3 sementara Myanmar dan Kemboja diletakkan dalam Balang 4.
Penentuan penting bagi Balang 5 apabila Brunei dan Timor Leste bakal mengharungi aksi play-off untuk mengiringi Laos.
Aksi play-off itu akan berlangsung secara format kalah mati.
Kumpulan A menyaksikan pasukan seperti Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja dan pemenang aksi Play-off dalam satu kumpulan.
Kumpulan B bakal diwarnai oleh pasukan seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Kejohanan ini menyaksikan cabaran hebat buat semua pasukan yang bertanding untuk merampas kejuaraan daripada skuad Gajah Perang.
ASEAN Mitsubishi Electric Cup edisi 2024 bakal menampilkan 10 pasukan dan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember ini.
Live: Undian Asean Championship