Advertising
ASEAN Championship Fokus Terbaru Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia

Fokus terbaru pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas ini ialah saingan ASEAN Championship 2024.

ASEAN Championship atau nama komersialnya, ASEAN Mitsubishi Electric Cup kembali lagi untuk edisi 2024 bagi menentukan siapa jaguh bola sepak di rantau Asia Tenggara.

Ad

Pan-gon melihat kejohanan ini penting buat skuad negara kerana ini bukan saja peluang menambah mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ad

Malah, ini boleh dijadikan sebagai batu asas persiapan untuk kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang dijangka bermula pada tahun hadapan.

“Cabaran seterusnya ialah AFF (Cup) pada November ini. Sekarang gambaran besarnya masih lagi (kelayakan) Piala Asia (2025) yang bermula pada Mac tahun hadapan.

Ad

“Ia satu cabaran besar. Ujian besar ini mampu bawa kita layak ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut. Penyokong akan bangga dan nama negara makin dikenali.

Ad

“Jadi, (kita) perlukan semua tenaga pemain dan sokongan yang lebih baik. Usaha biasa saja tidak cukup, kita perlukan usaha dan sokongan tambahan.

Ad

“Jadi, saya perlukan sokongan semua pihak jika ingin layak ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut. Ia akan menjadi sesuatu yang indah buat bola sepak Malaysia,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan Malaysia-Chinese Taipei baru-baru ini.

Pan-gon sudah merasai pengalaman ASEAN Championship dengan membimbing skuad negara mengharungi kejohanan edisi 2022.

Edisi 2022 menyaksikan Harimau Malaya berjaya mara ke separuh akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh juara bertahan, Thailand.