Thailand memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Timor Leste pada aksi pembukaan ASEAN Championship 2024.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Skuad kendalian Masatada Ishii turun dengan muka-muka baharu bagi kempen kali ini.
Separuh masa pertama menyaksikan Thailand mendominasi penuh dan berjaya mendahului dengan empat gol menerusi bintang muda, Suphanat Muenta (28’) Ben Davis (4’, 32’) dan Partick Gustavasson (17’).
Skuad kendalian Simon Elissetche menguasai 38 peratus manakala Masatada Ishii 62 peratus bagi penguasaan bola bagi separuh masa pertama.
Bagi separuh masa kedua, Thailand terus menggandakan empat jaringan menerusi Suphanat Muenta (54’), Seksan Ratree (56’, 61’) dan Teerasak Poeiphimai (79’, 90’+2) dan Nicholas Mickelson (90’+3).
Thailand selesa menewaskan Timor Leste dengan keputusan 10-0 dalam aksi perlawanan pertama kumpulan A.
Selepas ini, Thailand akan bertemu Malaysia pada 14 Disember sementara Timor Leste juga akan berdepan Malaysia pada 11 Disember depan.