Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Susulan pembatalan perlawanan persahabatan diantara Kelantan FC dan PSPS Riau semalam, pemilik kedua-dua kelab ini, Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham berdepan ugutan daripada beberapa penyokong fanatik di Indonesia.

Difahamkan keadaan ini berlarutan selepas Zamsaham enggan membayar tuntutan daripada Polis Riau yang mahukan bayaran sebanyak 40 juta rupiah (RM11829.23) kira-kira sejam sebelum sepak mula sekali gus memaksa Norizam membatalkan perlawanan itu.

Ugutan dari peminat fanatik di Riau itu termasuklah dengan mengganggu aset-aset perniagaan Zamsaham yang berada di Indonesia termasuk di Bali.

Advertisements

Tular di laman facebook milik individu yang menggunakan nama As Tuken telah mengugut Zamsaham agar memohon maaf secara terbuka atau Zamsaham akan menghadapi tragedi keganasan yang sama.

Dalam masa yang sama, As Tuken telah memuatnaik video keganasan yang dikatakan berlaku ke atas perniagaan hotel yang dijalankan Norizam atau Zamsaham di Riau, Indonesia.

AS Tuken Aset Zamsaham Diserang Di Indonesia
Laman facebook As Tuken yang berkongsi mengenai keganasan ke atas hotel kepunyaan Zamsaham di Riau.

Sehingga kini, masih tiada info rasmi daripada Zamsaham berkenaan isu tersebut dan beliau telah berjanji untuk memulangkan semula duit tiket yang sudah dibeli oleh para penyokong.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram