Aksi Sukan Asia 2023 (Asian Games) antara pasukan Indonesia dan Kyrgyzstan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Indonesia.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Zheijang menyaksikan Sang Garuda menurunkan kesebelasan terbaik berdepan lawan yang cukup baik.
Pasukan bimbingan Indra Sjafri melakukan asakan. bertali-arus untuk memperoleh gol awal permainan.
Bintang Garuda, Andi Nugro dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap pemain lawan pada minit ke-27.
Percubaan yang dilakukan oleh Ramai Rumakiek berjaya dihalang oleh penjaga gol lawan sementara rembatan Egy tidak tepat ke sasaran.
Keputusan babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan kembali bertukar serangan tatkala Indonesia cuba mendapatkan gol pembukaan permainan.
Kyrgyzstan cuba mendapatkan peluang untuk menambah jaringan namun kecekapan Ernando Ari menafikan setiap peluang yang terhidang.
Sang Garuda berada di depan menerusi jaringan Rumakiek pada minit ke-58 untuk gol pembukaan perlawanan.
Tambahan masa lima minit membantu Indonesia memperoleh gol kedua menerusi Hugo Samir.
Indonesia berada dalam Kumpulan F bersama Kyrgyzstan, Taiwan dan Korea Utara.
Mereka akan berdepan Taiwan bagi aksi berikutnya di Taiwan pada 24 September 2023 bagi aksi seterusnya.