Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Singapura 8-1
UltraSukan
Hokita
Sponsors

Skuad hoki wanita Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 6-0 di tangan India dengan membelasah pasukan serantau, Singapura 8-1 dalam aksi keempat Kumpulan A hari ini.

Skuad negara yang dibimbing bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka perlu menang hari ini jika mahu menghidupkan peluang mara ke separuh akhir.

Ad
Sponsors

Babak pertama menyaksikan Malaysia mendahului menerusi pukulan sudut penalti Wan Nufaiezah Saiuti pada minit kesembilan. Kelebihan tersebut digandakan menerusi pukulan penalti yang disempurnakan Siti Nur Irdina Mohd Nor.

Ad

Nuraini Rashid memastikan Malaysia selesa mendahului 3-0 menjelang rehat menerusi satu lagi pukulan penalti pada minit ke-29.

Bersambung pada babak kedua, Numaizatul Hanim Syafi Fuad menambah gol keempat negara menerusi pukulan penalti pada minit ke-31. Singapura kemudian merapatkan jurang menerusi Sardonna Ng pada minit ke-34.

Ad

Harapan Singapura untuk bangkit punah sama sekali apabila Nur Afiqah Syahzani Azhar menambah gol kelima Malaysia pada minit ke-37. Singapura terus derita apabila Khairunnisa Shahruddin menyempurnakan penalti kelima untuk gol keenam pada minit ke-48.

Ad

Hanis Nadiah Onn memastikan kemenangan bergaya skuad negara menerusi dua gol pada minit ke-54 dan ke-59. Keputusan ini membolehkan Malaysia mengumpul enam mata tetapi hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan Korea Selatan di tempat kedua.

Malaysia kini mengharapkan India untuk menewaskan Korea Selatan dalam satu lagi aksi Kumpulan A. Ini sekurang-kurangnya dapat mengheret perebutan slot ke separuh akhir Sukan Asia 2023 ke perlawanan terakhir kumpulan pada 3 Oktober ini.