Asian Games: Vietnam ‘Dibedil’ Iran
MakanBola
Vietnam Football Federation

Perlawanan saingan Sukan Asia malam ini menyaksikan pertembungan diantara pasukan Iran dan Vietnam yang berakhir dengan keputusan 4-0.

Vietnam turun dengan misi melayakkan diri lebih awal selepas  berjaya menewaskan Mongolia dalam perlawanan pertama. 

Manakala Iran ketika ini, misi memburu tiga mata yang pertama bagi peringkat kumpulan selepas mencatat seri menentang Arab Saudi.

Perlawanan bermula rancak apabila Iran berjaya mendahului seawal 5 minit permainan menerusi tandukan kemas daripada Amir Arsalan Motahari. 

Separuh masa pertama tamat dengan jaringan Iran 1-0 Vietnam.

Pada minit ke-47 permainan, pemain sayap Iran, Saman Touranian berjaya menjaringkan gol kedua perlawanan. 

Limat minit kemudian, Iran menggandakan jaringan menerusi pemain penyerang, Mehdi Mamizadeh yang melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Vietnam, Van Chuan Quan.

Dua minit sebelum masa tamat permainan, Iran terus menghukum Vietnam apabila pemain yang baru saja masuk, Aria Barzegar menjaringkan gol keempat buat pasukan.

Hasrat Vietnam untuk layak ke pusingan seterusnya dengan lebih awal gagal manakala Iran pula kembali menghidupkan peluang untuk memburu juara kumpulan B kerana ketika ini berkongsi mata bersama Arab Saudi.

Selepas ini, Vietnam berdepan tugas getir menentang Saudi Arabia sementara Iran pula akan bertemu Mongolia bagi perlawanan terakhir peringat kumpulan.