Asmawi Bakiri Kongsi 2 Perkara Penting Dalam Bola Sepak, Soal Gaji Dan Lunaskan Janji
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Dalam sesi sembang santai di rancangan bola@mamak malam tadi, bekas pemain pertahanan Malaysia, Asmawi Bakiri telah berkongsi sedikit sebanyak tentang warna-warni kehidupan bola sepak di Malaysia.

Asmawi menceritakan beberapa kisah pahit manis dan pengalamannya menjadi bintang bola sepak suatu ketika dahulu. Jelasnya pengorbanan yang diberikan pemain untuk kecemerlangan sesebuah pasukan perlulah dihargai oleh pihak pengurusan.

“Bila berkata soal menghargai, mungkin saya mahu berkongsi sedikit perkara berdasarkan pengalaman saya. Apabila majikan menghargai kesungguhan pemain, pemain akan bermain dengan satu kepuasan yang cukup tinggi.”

Advertisements

“Penyokong yang menilai akan turut sama berikan sokongan. Ia sekaligus akan membuka mata ramai orang untuk membantu dalam membangunkan sesebuah pasukan.”

Tambahnya lagi, apa yang penting dalam bola sepak adalah soal gaji dan melunaskan janji.

“Berbalik kepada budaya bola sepak Malaysia, ada dua perkara yang penting sejak dulu lagi. Sukses akan hadir apabila cukup bulan gaji pemain dibayar dan bonus yang dijanjikan, majikan laksanakan.”

Advertisements

Bekas pemain Selangor ini menyifatkan orang Malaysia terlalu sensitif isu gaji kerana ia melibatkan kelangsungan hidup. Kelab dan pengurusan perlu melakukan persediaan awal, menyelesaikan segala masalah sebelum bermulanya saingan liga.

“Berkaitan masalah gaji dan pengurusan, saya benar-benar kecewa jika isu ini tidak dapat diselesaikan awal sebelum saingan liga bermula. Orang duk sibuk berfikir soal taktikal dan perancangan pemain, tapi ada kelab yang sibuk isu gaji. Persiapannya gagal.”

Asmawi merasakan persiapan yang baik akan menatijahkan kebaikan buat pasukan. Jika sesebuah kelab sering terpalit dengan isu gaji, perkara itu sangatlah tidak sihat dalam sesebuah pasukan.

Advertisements

Jelas Asmawi lagi, jika tiada perancangan dan persiapan, kelab tersebut tidak akan sukses. Ia sekaligus akan merugikan indrustri bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram