Asnawi Mangkualam Tinggalkan Liga Korea?
Transfer
Jeonnam Dragons
Advertisements

Asnawi Mangkualam sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab K-League 2, Jeonnam Dragons.

Ini disebabkan kontrak bek kanan utama Indonesia itu dengan kelab berkenaan bakal berakhir pada malam ini.

Menjelang 1 Januari 2024, Asnawi bergelar ejen bebas dan boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Sebagai tanda penghargaan kepada kelab itu, beliau memuatnaik satu status di Instagram peribadinya hari ini.

Status beliau memaparkan gambar suka dan duka Asnawi bersama Jeonnam sepanjang kempen K-League 2 musim 2023. “Terima kasih dan (saya) ucapkan selamat berjaya,” katanya ringkas.

Sepanjang bersama Jeonnam, Asnawi telah merekodkan 27 penampilan dalam semua kejohanan dan mencipta dua bantuan gol.

Advertisements

Dengan statusnya sebagai ejen bebas bakal berkuatkuasa esok, ramai peminat Indonesia tertanya-tanya sama ada beliau akan kekal di K-League atau tidak.

Bagaimanapun, Asnawi dilaporkan diintai oleh pasukan K-League 1 dari Seoul, FC Seoul. CNN Indonesia melaporkan khidmat bintang Indonesia itu diintai pasukan berkenaan.

FC Seoul kini sibuk membina semula pertahanan mereka selepas berjaya mengelak diseret daripada pertarungan mengelak penyingkiran ke K-League 2.

Advertisements

K-League 1 musim 2023 menyaksikan kelab itu telah dibolosi 49 kali. Atas sebab itu, pengurusan kelab memilih melepaskan beberapa tonggak termasuk bek tengah legenda dari Sepanyol, Osmar Barba.

Sekiranya khabar angin perpindahan Asnawi itu menjadi kenyataan, beliau dijangka bersaing dengan Lee Shi-yeong dan Cho Young-kwang untuk posisi bek kanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram