Aston Villa Kini Di Asia, Jalin Kerjasama Dengan Vissel Kobe
EPL
Aston Villa
Advertisements

Kelab EPL, Aston Villa mula mengembangkan pengaruhnya di benua Asia dengan menjalin kerjasama dengan kelab J1 League, Vissel Kobe.

Kerjasama ini diumumkan oleh Villa menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka baru-baru ini.

Menerusi kerjasama ini, ini bukan sekadar membantu kelab Midlands itu mengenalpasti bakat-bakat baru yang muncul dari benua berkenaan.

Advertisements

Malah, ini akan membantu kedua-dua kelab saling bertukar pengalaman dari segi kejurulatihan, pengurusan pasukan, analisis data dan pembangunan skuad remaja.

Sebagai permulaan, rombongan pegawai-pegawai kanan Kobe bakal mengadakan lawatan ke Birmingham pada akhir bulan ini bagi menandakan permulaan kerjasama ini.

Selain itu, dua pemain B-16 Kobe yang terpilih akan berlatih bersama skuad remaja The Villains sepanjang tempoh lawatan itu.

Advertisements

Skuad remaja Aston Villa turut berpeluang menyertai pertandingan antarabangsa di Jepun pada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada kerjasama ini.

Villa yang kini berada di tangga kelima EPL bakal berdepan West Ham pada Ahad ini. Manakala Kobe pula yang menerajui J1 League bakal berdepan Kashima Antlers esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram