Advertising
Atlet Lompat Tinggi Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan
UltraSukan
World Athletics

Arena sukan Afrika Selatan dikejutkan dengan berita kematian bekas jaguh lompat tinggi negara itu, Jacques Freitag baru-baru ini.

Akhbar Daily Mail melaporkan Freitag, 42, ditemui mati dengan kesan tembakan bersebelahan Tanah Perkuburan Zandfontein di Afrika Selatan.

Ad

Jurucakap Polis Afrika Selatan, Brigadier Brenda Muridili mengesahkan bekas atlet olahraga Afrika Selatan itu ditembak beberapa kali dengan polis mengklasfikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Ad

Nama Freitag dikenali sebagai antara 10 jaguh olahraga yang memenangi kejohanan dunia di peringkat remaja, junior dan senior. Walau bagaimanapun, selepas bersara pada 2013, beliau bergelut dengan masalah ketagihan dadah.

Freitag sebelum ini dilaporkan hilang pada 17 Jun lalu selepas meninggalkan rumah ibunya. Mengikut keterangan polis, bekas jaguh lompat tinggi itu dikatakan mengikut seorang lelaki misteri untuk melakukan satu kerja buat dirinya.

Ad

Freitag merupakan juara lompat tinggi Afrika Selatan sebanyak empat kali dengan rekodnya, 2.38 meter (m) masih lagi bertahan sehingga hari ini.

Ad

Namanya mula dikenali dunia pada 2003 apabila berjaya melepasi ketinggian 2.35 m dalam Kejohanan Dunia IAAF di Paris, Perancis. Kejayaan itu membolehkan beliau meraih pingat emas kejohanan.

Ad

Disebabkan pencapaian cemerlangnya itu, Freitag turut membawa cabaran Afrika Selatan dalam acara olahraga Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece.