“Bola Sepak Menyerang Kekal Walaupun Terengganu Bertemu JDT” – Nafuzi Zain
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelaskan pasukannya tidak akan mengubah taktikal bertemu juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim dengan bermain bertahan sebaliknya akan mengekalkan corak bola sepak menyerang seperti yang diamalkan dalam perlawanan lain.

“Terengganu ada falsafah bola sepak sendiri yang kami terapkan dalam cara kami bermain sejak sekian lama.”

“Ia ada dalam setiap minda pemain dan barisan kejurulatihan di mana bola sepak menyerang adalah cara kami bermain.”

Advertisements

“Kami tidak akan ubah cara kami bermain hanya kerana kami bermain menentang pasukan paling kuat di Malaysia, Johor Darul Ta’zim.”

“Saya menghormati JDT kerana mereka pasukan kuat dan tiada siapa dapat nafikan perkara ini. Kalau awak tanya saya, mereka adalah pasukan pilihan untuk mara ke final dan saya akui perkara ini.” Jelas Nafuzi kepada MakanBola.

Nafuzi turut menjelaskan pengekalan corak permainan adalah penting kerana itu sudah jadi falsafah bola sepak Terengganu dan pemain turut faham dan sesuai dengan cara ini namun akui disiplin ketika berhadapan JDT perlu diperkemas.

Advertisements

“Walaupun kami mengekalkan cara bermain, fokus dan disiplin pemain adalah perkara utama yang saya ingatkan kepada pemain.”

“Kesilapan kecil bakal membawa padah kepada kami kerana mereka (JDT) sangat baik melihat ruang kesilapan pihak lawan. Saya tak mahu perkara ini terjadi kerana kedua-dua pasukan sudah tentu mahu mara ke perlawanan akhir.”

Nafuzi turut menghormati pilihan pasukan Kedah Darul Aman yang bermain secara bertahan ketika menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

“Mereka (Kedah) adalah pasukan ke-2 terbaik di Malaysia ini. Mereka ada cara dan sebab tersendiri untuk bermain bertahan jadi saya menghormatinya.”

“Saya mengharapkan doa penyokong Terengganu agar kami layak ke perlawanan akhir walaupun sedar bakal bertemu pasukan terkuat di Malaysia (JDT).” Tambah Nafuzi kepada MakanBola.

Johor Darul Ta’zim bakal bertandang ke Gong Badak Isnin ini menentang Terengganu untuk perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram