Pemain tengah Malaysia, Mukhairi Ajmal mengakui teruja beraksi bersama-sama dengan tonggak pertahanan senior Junior Eldstal.
Ini kerana beliau masih ingat impak yang dibawa Junior semasa bersama skuad B-23 negara dalam Pestabola Merdeka 2013.
Skuad Harimau Muda yang ketika itu dibimbing Datuk Ong Kim Swee berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas skuad B-23 Myanmar dalam aksi final.
Mukhairi suka dengan aura Junior yang sentiasa memberi motivasi kepada pemain-pemain lain terutama pemain muda. Dan ini amat membantu apabila mereka beraksi di atas padang.
“Yang saya perasan masa tu Junior Eldstal, (A.) Thamil Arasu (dan) Rozaimi (Abdul Rahman). Yang saya ingatlah.
“Sebab saya pun dah selalu jumpa dia. Dia selalu beri motivasi kepada pemain, saya suka pasal dia,” katanya seperti dilaporkan Harimau Malaya.
Mukhairi berharap dapat diturunkan dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada 13 Oktober ini.