Aura Kim Pan-gon Bantu Ulsan HD Muncul Juara K-League
MakanBola
Ulsan HD
Sponsors

Kim Pan-gon dan Ulsan HD sah merupakan juara K-League bagi musim 2024.

Pengendali berusia 55 tahun itu mengambil alih pasukan pada akhir bulan Julai lalu berjaya mengharungi kempen cemerlang bersama pasukan.

Ad

Aksi ke-36 liga menyaksikan Ulsan HD berterima kasih kepada Joo Min-kyu dan juga Gustav Ludwigson untuk memastikan kemenangan buat pasukan.

Ad

Ulsan HD melakar kemenangan 2-1 untuk muncul juara Liga Korea dengan berbaki dua perlawanan selepas menjarakkan diri dengan Gangwon yang juga lawan mereka hari ini.

Kejayaan Pan-gon memimpin Ulsan HD itu menyaksikan beliau membantu pasukan muncul juara hanya dalam tempoh dua bulan menjadi jurulatih musim ini.

Ad

Ulsan HD melakar 20 kemenangan, 8 seri dan 8 kekalahan sambil meledak 57 gol dalam semua perlawanan yang diharungi.

Ad

Sebagai rekod, Ulsan HD telah berjaya muncul juara K-League tiga kali berturut-turut bermula tahun 2022 dan 2023.

Ad

Ujian berikutnya buat Ulsan HD adalah bertandang ke Malaysia dan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi ke-5 ACLE.