Aura Stadium MBPJ Tak Gentarkan Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali percaya anak buahnya akan menampilkan aksi terbaik bila berada di Stadium MBPJ.

Sepanjang musim 2024/25, Selangor mempamerkan prestasi mantap setiap kali beraksi di stadium berkenaan. Ini terbukti apabila mereka hanya tewas tiga kali dalam tiga kejohanan berbeza.

Ad

Merah Kuning tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi liga pada 27 Oktober 2024.

Ad

Ini disusuli kekalahan di tangan Muangthong United dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada 28 November lalu.

Akhir sekali, Selangor kecundang di tangan Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Unifi Piala Malaysia pada 1 Disember 2024.

Ad

Meskipun sedar aura Stadium MBPJ memberi kelebihan kepada Merah Kuning, Badrul percaya itu tidak akan menghalang Peteh daripada meraih tiga mata penuh di Stadium MBPJ.

Ad

“Kita tahu aura Stadium MBPJ dipenuhi dengan penyokong-penyokong Selangor. Apa pun, perlawanan pada malam esok merupakan perlawanan baru bagi saya.

Ad

“Saya harap pemain-pemain dapat bermain dengan baik dan untuk dipersembah (kepada penyokong) pada malam esok,” katanya kepada Nadi Bola.

Selangor dan Terengganu bakal berentap di Stadium MBPJ pada 5 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments