Australia All-Stars Malukan Newcastle United 8-0
MakanBola
Newcastle United FC
Sponsors

Nama pasukan Australia All-Stars menjadi sebutan apabila pasukan itu membelasah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United 8-0 dalam aksi persahabatan hari ini.

Australia All-Stars terdiri daripada bintang-bintang yang mewarnai A-League musim ini. Antara yang dipilih ialah bekas penyerang Fulham, Adam Taggart dan pemain sayap Australia, Mathew Leckie.

Ad
Sponsors

Sementara Newcastle pula menurunkan barisan pemain muda dengan penjaga gol, Mark Gillespie sebagai satu-satunya pemain senior.

Percaturan jurulatih, Eddie Howe yang merehatkan barisan bintang The Magpies pantas dimanfaatkan Australia All-Stars pada babak pertama.

Ad

Ben Old meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit keempat. Nicolas Milanovic kemudiannya menggandakan kelebihan yang dimiliki Australia All-Stars pada minit ke-24.

Ad

Sembilan minit kemudian, giliran Taggart mencipta nama sebagai penjaring apabila menyumbat gol melepasi jangkauan Gillespie.

Australia All-Stars terus memberi tekanan kepada pelawat tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain untuk memberi peluang kepada pemain lain beraksi.

Keadaan ini menyebabkan Australia All-Stars terpaksa menunggu sehingga minit ke-62 menerusi Apostolos Stamatelopoulos. Stamatelopoulos kemudiannya menambah gol kedua peribadi pada minit ke-74.

Trio pemain gantian iaitu Jake Hollman, Jordan Courtney-Perkins dan Bozhidar Kraev memastikan kemenangan sah milik Australia All-Stars.

Ketiga-tiga pemain gantian ini masing-masing menjaringkan gol untuk pasukan itu pada minit ke-80, 90 dan 91. Keputusan 8-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan perlawanan persahabatan kedua yang dilalui Newcastle sepanjang berada di Australia. Sebelum ini, mereka menewaskan Tottenham Hotspur dalam satu lagi aksi persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.