Australia ‘Baham’ Filipina 8-0 Di Kelayakan Olimpik Wanita Asia
UltraSukan
Matildas
Sponsors

Hasrat Filipina meraih kemenangan kedua dalam pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2024 Kumpulan A tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 8-0.

The Matildas dianggap pilihan utama kerana majoriti pemain yang membantu negara itu layak ke separuh akhir Piala Dunia Wanita 2023 beraksi hari ini.

Ad
Sponsors

Mary Fowler membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-15. Empat minit kemudian, kapten, Sam Kerr terus melebarkan kelebihan anak-anak buah Tony Gustavsson.

Ad

Caitlin Foord menjadikan keputusan 4-0 buat The Matildas dengan menyumbat gol pada minit ke-30 dan 33.

Kerr yang beraksi untuk skuad bola sepak wanita Chelsea meraih hatrik dengan menyumbat gol pada minit ke-46 dan 47.

Ad

Bersambung selepas rehat, Australia makin ghairah menambah gol ke atas lawan mereka dari Asia Tenggara itu.

Ad

Foord yang beraksi untuk Arsenal melengkapkan hatrik menerusi gol pada minit ke-56.

Ad

Pemain tengah Everton, Claire Wheeler memastikan The Matildas menang bergaya dengan gol pada minit ke-72.

Keputusan 8-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Australia mendahului Kumpulan A dengan enam mata, tiga mata di hadapan Filipina.