Australia bangkit dari kecewa besar selepas berjaya menundukkan China dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini.
Selepas tewas dalam dalam aksi pertama berdepan Bahrain dan seri menentang Indonesia, Australia kini bangkit untuk mengutip tiga mata pertama.
Aksi separuh masa pertama antara Australia dan China berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pasukan pelawat, China terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit-20 menerusi Wenneng Xie. Australia bagaimanapun berjaya mencatat jaringan pertama menerusi Lewis Miller pada masa tambahan di separuh masa pertama.
Bersambung aksi di separuh masa kedua, Craig Goodwin melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua untuk pasukan tuan rumah. Biarpun China beberapa kali hadir untuk mencari gol penyamaan, barisan penyerang China tetap tumpul untuk meledak.
Sebelum aksi tamat, Australia berjaya menjaringkan gol tambahan menerusi pemain gantian iaitu Nishan Velupillay pada masa kecederaan. Jaringan itu memastikan kemenangan berharga diraih Australia dengan keputusan 3-1.
Australia kini menghuni kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan C selepas mencatat empat mata selepas tiga perlawanan.
Pasukan China pula berada di kedudukan terakhir apabila tiada sebarang mata dicatat pasukan China pada kempen kali ini.