UltraSukan
Sathio Group Australian Open
Advertisements

Aksi separuh akhir Australian Open 2024 menyaksikan wakil perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tampil cemerlang menewaskan Lee Chia Hao untuk meraih tiket ke perlawanan akhir.

Advertisements

Setelah bangkit menewaskan pemain ke-11 dunia, Kenta Nishimoto semalam, Zii Jia turun dengan misi menempah tempat di final buat kali ketiga musim ini dan impian itu akan tercapai sekiranya berjaya melepasi halangan Lee Chia Hao dari Chinese Taipei.

Meskipun tiga pertemuan lalu lebih memihak Chia Hao dengan dua kemenangan, namun berdasarkan prestasi semasa, Zii Jia tampak berupaya untuk meneruskan cabaran negara di bumi Sydney.

Advertisements

Aksi di set pertama bermula sengit dengan wakil negara itu beberapa kali diasak hebat oleh Chia Hao selain kesilapan-kesilapan kecil membenarkan pemain Chinese Taipei mendahului 11-5 ketika interval.

Zii Jia berusaha bangkit dengan permainan rally panjang untuk memerangkap lawan akan tetapi itu tidak cukup apabila Chia Hao menutup aksi di set pertama dengan keputusan 21-10.

Advertisements

Bersambung di set kedua, aksi menjadi lebih menarik setelah beberapa kali kedudukan terikat antara kedua-dua pemain sebelum Zii Jia mendahului ketika interval 11-6 hasil permainan di hadapan jaring yang kemas.

Momentum yang positif diteruskan pemain kelahiran Kedah itu sehingga tamat set yang kedua dengan keputusan 21-15 untuk mengheret Lee Chia Hao bermain di set penentuan.

Advertisements

Lee Zii Jia terus mendominasi dengan smash-smash tajam ke arah gelanggang Chia Hao di samping memanfaatkan kesilapan lawan untuk mengakhiri permainan dengan kemenangan mudah.

Aksi di gelanggang satu tamat dengan keputusan 10-21, 21-15, 21-10 memihak Lee Zii Jia.

Advertisements

Pada perlawanan akhir Australian Open esok, Zii Jia bakal berhadapan pemenang di antara Kodai Naraoka atau seorang lagi wakil Chinese Taipei, Lin Chun-Yi yang akan bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram