UltraSukan
Sabah FC Women
Advertisements

Juara Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2023, Sabah FC bakal mendapat khidmat enam pemain import bagi menghadapi pusingan Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL) 2024-2025.

Advertisements

AWCL 2024-2025 merupakan kejohanan bola sepak wanita berprestij yang diadakan buat julung kalinya oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kejohanan ini diadakan dengan tujuan memartabatkan lagi bola sepak wanita di peringkat kelab Asia.

Advertisements

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan 22 buah pasukan dengan lapan pasukan layak secara terus ke peringkat kumpulan. Sementara Sabah menjadi sebahagian daripada 14 pasukan yang perlu melepasi pusingan kelayakan.

Pemilihan Sabah turut menjadikan pasukan itu pasukan bola sepak wanita pertama di Malaysia yang melayakkan diri ke pertandingan berprestij ini.

Advertisements

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob, Sabah bakal diperkuat enam tenaga import untuk kejohanan itu.

Ini bagi membolehkan pasukan itu mampu memberi cabaran dalam saingan pusingan kelayakan AWCL sekaligus berpotensi mara ke saingan peringkat kumpulan.

Advertisements

“Disebabkan itu, kita bangga dengan Sabah yang membawa nama Malaysia beraksi dalam AWCL tahun ini. Itu pun akan ada pemain import, jadi kita akan mulakan dengan yang itu dulu.

“Seingat saya, Sabah akan dibenarkan ambil enam pemain import. Jadi, FAM pun akan bantu pasukan Sabah untuk mencari bakat yang boleh dimasukkan dalam pasukan Sabah dan wakili Malaysia dalam AWCL. Ini satu (perkembangan) signifikan kepada bola sepak wanita (Malaysia),” katanya dalam satu temubual bersama Nadi Arena baru-baru ini.

Advertisements

Sekiranya Sabah berjaya melepasi peringkat kelayakan, mereka berpeluang menerima ganjaran berjumlah AS$500,000 (RM470,000).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram