Azam Azih: Kim Pan-gon Beri Saya Peluang Kedua
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan Nor Azam Azih menghargai kepercayaan yang diberikan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

Ekoran kecederaan yang membelenggu sebelumn ini, beliau akui sedikit tertekan untuk mencari semula prestasi dan berada pada tahap terbaik.

“Bagi saya alhamdulilah panggilan kali ini, jurulatih Kim Pan-gon memanggil saya semula. Selepas sebelum ini saya mengalami tiga kali kecederaan ketika di Sri Pahang, ia membuatkan saya hilang sedikit keyakinan untuk bermain.”

Advertisements

“Saya rasa tahun ini merupakan tahun yang paling berat buat saya. Sedikit kecewa kerana saya sendiri tahu perbezaan gaya permainan saya dalam padang.”

Jeneral tengah Sri Pahang ini bagaimanapun tekad untuk memberikan sepenuh komitmen bersama skuad kebangsaan dan akan menampilkan aksi terbaik jika diberi peluang untuk beraksi.

“Sekarang alhamdulilah jurulatih bagi peluang sekali lagi, insyaAllah jika diberikan peluang untuk bermain saya akan berikan yang terbaik.”

Advertisements

Azam juga menganggap panggilan kem kebangsaan kali ini sebagai pembakar semangat buat dirinya. Beliau optimis untuk terus bangkit dan kembali berada pada tahap terbaik.

“Ini pemabakar semangat kepada diri saya tahun ini, saya harap dapat bangkitkan semula prestasi semasa saya,” ujar Azam ketika ditemu bual.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram