Azam Azmi Kekal Di Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad sah kekal bersama pasukan itu sehingga tamat kempen Liga Malaysia (Liga M).

Ini berdasarkan kenyataan ejen Azam, Joe Berbatov susulan satu ciapan yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam hari ini.

Dalam ciapan tersebut, bek kanan skuad Peteh itu diintai oleh sebuah pasukan elit di Malaysia dan mereka bersedia menebus kontraknya yang tamat pada 2025.

Advertisements

Walaupun nama pasukan itu tidak didedahkan, ada ura-ura mengatakan Selangor FC berminat mendapatkan bek kanan muda Harimau Malaya itu.

“Tiada sebarang tawaran dari mana-mana kelab untuk beliau buat masa ini. Harap maklum,” kata Joe secara ringkas di Twitter.

Advertisements

Penafian Joe Berbatov ini pastinya melegakan jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner yang melihat Azam sebagai tonggak utama pertahanan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram