Azam Azmi Sedia Galas Dua Peranan Dalam Satu Masa
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui bersedia menggalas dua peranan dalam satu masa jika diperlukan.

Azam perlahan-lahan bukan saja mendapat tempat dalam skuad senior Malaysia. Malah, beliau juga merupakan tonggak pertahanan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Meskipun begitu, dengan dua tugasan penting iaitu aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada bulan ini dan Piala Asia B-23 2024 pada bulan hadapan, ada peminat bola sepak yang bimbang beliau tidak boleh fokus.

Advertisements

Azam memberi jaminan bahawa beliau akan kekal fokus semasa bersama skuad kebangsaan. Tidak kira apa perancangan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tentang kedudukannya, beliau akan memberi komitmen penuh.

“Yang itu, terpulang kepada jurulatihlah (Kim Pan-gon). Jurulatih yang akan tentukan sama ada Azam ke skuad kebangsaan atau skuad B-23.

Advertisements

“Bagi Azam, kalau Azam pergi ke Oman (kelayakan Piala Dunia 2026) atau Qatar (Piala Asia B-23 2024), terpulang kepada jurulatihlah,” katanya kepada media pada sesi latihan yang diadakan di Wisma FAM hari ini.

Sejak dipanggil menyertai Harimau Malaya pada 2022, Azam telah merekodkan tujuh penampilan di pentas antarabangsa.

Advertisements

Sementara bersama Harimau Muda pula, beliau telah merekodkan 12 penampilan termasuk membantu skuad negara layak ke Piala Asia B-23 2024 mengikut data Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram