Azam Azmi: Skuad Kami Tiada Istilah ‘Superstar’
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad percaya dengan kebolehan rakan sepasukan.

Ketika ditemu bual ketika sesi latihan skuad B23 tahun negara di Stadium Cheras, Azam tekad untuk membantu pasukan negara layak ke kejohanan Piala Asia B-23 2024.

“Bagi Azam, Azam akan buat yang terbaik untuk pasukan dan cuba bantu pasukan melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Sebelum ini saya bergelut dengan kecederaan tapi untuk sekarang saya tiada masalah kecergasan sebab saya dah fit.”

Advertisements

Mengulas lanjut berkaitan taktikal yang diterapkan pengendali B23, E. Elavarasan, Azam akui tiada masalah buat beliau untuk memainkan peranan di mana-mana posisi. Pertahanan berusia ini 22 tahun ini juga teruja dengan persaingan sihat dalam kem kali ini.

“Bagi Azam ini bukan kali pertama azam bermain lima pertahanan dibawah, jadi tiada masalah untuk bermain posisi wing-back. Untuk saingan dalam skuad bawah 23 tahun ini, mereka semua pemain yang bagus dan berkualiti.”

Advertisements

“Tiada Superstar disini, jadi Azam perlu bersaing untuk rebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan,” ujar Azam.

Dalam kejohanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024, Malaysia telah diundi dalam saingan Kumpulan H bersama Bangladesh, Filipina dan Thailand.

Advertisements

Malaysia akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September 2023, Filipina pada Sabtu, 9 September 2023 dan tuan rumah, Thailand pada Selasa, 12 September 2023. Ketiga-tiga aksi tumpuan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Chonburi, Thailand

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram