Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Sekali Lagi
UltraSukan
Auburn Track & Field

Nama pelari pecut Malaysia, Azeem Fahmi kembali menjadi sebutan peminat sukan negara.

Ini kerana anak jati Teluk Intan memecah rekod kebangsaan untuk acara 200 meter (m) dalam dewan dalam Tiger Paw Indoor Invitational 2026 di Clemson, Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Ini kali kedua Azeem melakar rekod baru dalam acara sama. Beliau merekodkan catatan masa 21.20 saat (s).

Catatan masa ini mengatasi rekod 21.50 s yang direkodkan dalam Bob Pollock Indoor Invitational 2026 pada 2 Februari lalu.

Meskipun begitu, catatan terbaru beliau menyaksikan Azeem menamatkan saingan acara itu di kedudukan ke-21 daripada 48 pelari.

Pencapaian terbaru pelajar Universiti Auburn itu turut dikongsikan universiti berkenaan menerusi satu hantaran di semua platform rasmi mereka.