Jaguh pelari pecut Malaysia, Azeem Fahmi meraih pingat kedua di Amerika Syarikat (AS) bersama Universiti Auburn.
Ini selepas beliau menjadi sebahagian daripada kuartet pasukan universiti itu yang mengungguli acara 4×100 meter (m) Kejohanan Jemputan Yellow Jacket di Atlanta.
Azeem bersama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis meraih catatan masa 39.75 saat (s). Mereka mengatasi cabaran kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest dan Justin Davis.
Kuartet Universiti Lipscomb terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan masa 41.93s.
Tiada pemenang tempat ketiga direkodkan. Ini kerana lima kuartet universiti lain gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dengan ada juga yang gagal memulakan larian (DNS).
Ini pingat kedua yang diraih Azeem dalam Kejohanan Jemputan Yellow Jacket. Sebelum ini, beliau meraih pingat perak dalam acara 100m.