Azfar Fikri Miliki Naluri Seorang Peledak

Azfar Fikri Azfar Fikri Miliki Naluri Seorang Peledak
Foto: Azfarfikri6
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Penyerang berbisa skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Nor Azfar Fikri berjaya memperagakan aksi cemerlang ketika membantu pasukan Malaysia mengikat pasukan Singapura 2-2 di temasya Sukan SEA, Hanoi.

Pemain yang mesra disapa kaka ini menjadi watak penting dalam keberhasilan barisan serangan kendalian Brad Maloney. Beliau yang telah diberikan kepercayaan untuk turun pada babak kedua permainan telah membuktikan kemampuan sebenar mencatatkan beberapa percubaan berbahaya.

Advertisements

Pada minit ke-47 permainan, Azfar Fikri telah memanfaatkan peluang terhidang di dalam kawasan kotak penalti apabila beliau berada pada posisi terbaik untuk meledak. Bagaimanapun tiang menjadi penghalang kepada tandukan Azfar untuk menggegar gawang Singapura.

Selain beberapa gerakan daripada sebelah sayap yang banyak direncanakan Azfar, beliau juga berjaya membuka ruang dan peluang untuk rakan sepasukannya seperti Hadi Fayyadh dan Syafik Ismail melakukan percubaan.

Advertisements

Pada minit ke-81 permainan, gerakan cantik Syafik Ismail yang menyelinap masuk mengkucar-kacirkan benteng lawan telah membahayakan gawang Singapura. Hantaran lintang Syafik tepat ke kepala Azfar dengan satu tandukan kencang. Malangnya tandukan Azfar itu sekali lagi terkena tiang.

Azfar sebelum ini turut menjadi wira pasukan tatkala beliau meledak dalam perlawanan Malaysia bertemu Thailand. Jaringan saat-saat akhir yang dicipta Azfar menjadi bukti akan kemampuan sebenar pemain berusia 22 tahun ini untuk terus meledak.

Advertisements

Pasukan Malaysia bakal menentang pasukan Kemboja dalam perlawanan terakhir saingan Kumpulan B pada 16 Mei kelak. Khidmat Azfar pastinya akan terus ditagih Brad Maloney dalam memastikan skuad negara layak dengan bergaya ke peringkat separuh akhir.