Azizulhasni Awang Bakal Tinggalkan Malaysia?
UltraSukan
Azizulhasni Awang
Advertisements

Jaguh basikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang bakal meninggalkan Malaysia dan kembali berlatih di Melbourne, Australia.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley kepada Nadi Arena hari ini.

Azizul berbuat demikian kerana ingin fokus sepenuhnya kepada persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Dengan temasya tersebut merupakan temasya terakhirnya sebagai pelumba basikal trek, beliau mahu memastikan dirinya berada pada tahap terbaik sebelum kejohanan.

Selain Azizul, seorang lagi jaguh basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom juga akan berlatih bersamanya di Melbourne.

Sebelum ini, skuad berbasikal trek negara yang dilatih Beasley berlatih di Melbourne. Setelah itu, seluruh skuad berbasikal trek berlatih di Velodrom Nasional Nilai bermula pada awal tahun lepas.

Advertisements

“Ya, semuanya bagus. Mereka akan bersama selama lebih empat bulan. Mereka hanya terpisah pun untuk jangka pendek. Shah (Firdaus Sahrom) pun ada rakan sepelatih di Kuala Lumpur. Sementara untuk Azizul pula, kita sudah aturkan rakan sepelatih dari VIS (Institut Sukan Victoria).

“Beliau akan berada dalam keadaan baik. Akan ada orang yang menjaganya. Ini disebabkan Melbourne merupakan pangkalan latihan kita untuk sekian lama.

“Beliau mengambil sedikit masa untuk pulih daripada kemalangan yang dialaminya. Tetapi beliau menunjukkan kemajuan berterusan (dan) itu sesuatu yang baik.

Advertisements

“Beliau juga nampak lebih yakin, anda boleh nampak prestasi beliau kembali meningkat. Kita tidak perlukan halangan yang kembali menjejaskan kemajuan dirinya. Ini nak memastikan semua perkara berjalan sempurna.

“Jika kita berdepan halangan, itu boleh saja memberi kesan secara drastik kepada prestasi beliau di Paris. Jadi, (kita harap) tiada lagi halangan, kita berada pada laluan tepat untuk mempersiapkan dirinya ke tahap terbaik dan tampil cemerlang (di Sukan Olimpik nanti),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syenn Yeoh.

Azizul merupakan antara prospek negara untuk mendapatkan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram