Sukan Lain
Advertisements

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Azizulhasni Awang, 32, mendapat tonik terbaik dalam usaha meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas melonjak ke tempat pertama bagi acara Men Elite Keirin.

Berdasarkan senarai ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikeluarkan hari ini, juara dunia keirin 2017 itu kini berada pada ranking pertama selepas mengumpul 2,560 mata.

83334668 10156897808596705 4207136498992021504 o Azizulhasni Rampas Ranking Nombor Satu Dunia
Sumber: FB Azizulhasni Awang

Pelumba kelahiran Terengganu itu berada sembilan mata di hadapan jaguh Jepun dan 212.5 mata berbanding pelumba Perancis, iaitu Yudai Nitta serta Vigier Sebastien.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram