Azlan Johar Cadang Harimau Malaya Terus Gunakan Jurulatih Tempatan
MakanBola
Facebook Azlan

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar mencadangkan bahawa skuad Harimau Malaya perlu mengekalkan khidmat jurulatih tempatan. Banyak kelebihan yang boleh diperloleh jika jurulatih tempatan mengambil alih kekosongan tersebut.

Azlan dalam pada itu berpendapat jurulatih tempatan lebih memahami budaya bola sepak Malaysia berbanding jurulatih import. Beliau menyifatkan jurulatih tempatan juga mempunyai kualiti serta pengalaman yang besar dalam membentuk skuad Harimau Malaya.

Ad

“Zainal Abidin kita tak pernah cuba, Irfan Bakti pun jurulatih yang sudah masak dengan pemain kita. Kalau pemain datang berjalan kaki dekat dia pun, dia sudah tahu pemain itu cakap betul atau tidak. Elavarasan pun bagus.

Ad

“Jurulatih seperti Zainal, Irfan dan Elavarasan sangat pengalaman. Seperti Zainal, semua pemain tahu latar belakang dia dan dia tahu apa kegagalan ketika mewakili negara serta apa yang perlu diperbetulkan dengan pemain yang ada sekarang. Jadi berikan peluang kepada jurulatih tempatan.

Mengulas lanjut, bekas penolong jurulatih T-Team itu mendakwa kebanyakan jurulatih import ini sangat susah untuk berkomunikasi dengan pemain berdasarkan pengalaman beliau yang pernah dilatih oleh jurulatih import.

Ad

Tambah Azlan, jurulatih tempatan kurang mendapat kepercayaan dari mana-mana pihak. Hal ini disebabkan lebih ramai percaya kredibiliti seorang jurulatih import yang mampu kemudi skuad kebangsaan seperti negara-negara lain.

Ad

“Kalau jurulatih lain dari luar negara, budaya mereka lain. Sebagai bekas pemain saya pun pernah dilatih ramai jurulatih import, kadang-kadang ada yang mengarut sampai kita bercakap sendiri bahawa lebih baik ambil jurulatih tempatan,” kata Azlan kepada BH Sukan.

Ad

“Jurulatih luar ini, satu benda saja mereka sangat bagus, mereka sangat bagus dari segi memberi alasan. Jurulatih tempatan pula kekurangan mereka adalah sokongan daripada semua pihak.