Azraai Khor Mahu Jurulatih Diberi Kuasa Mutlak Pilih Pemain
Dunia
KFA
Advertisements

Dalam sesebuah pasukan, seseorang jurulatih patut diberi kuasa sepenuhnya dalam soal pemilihan pemain termasuk pemain import. Tetapi menurut bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, itu tidak berlaku dalam sesetengah pasukan.

Ini kerana jurulatih lebih tahu apa yang diperlukan untuk pasukannya. Jika pemilihan pemain bersifat tangkap muat, ia akan mengundang masalah kepada pasukan – satu pengalaman yang pernah dirasai Azraai satu ketika dahulu.

“Sebagai seorang jurulatih beliau wajib diberi peranan penuh dan berkuasa untuk sign (tandatangan) pemain tempatan atau import.

Advertisements

“Saya berani cakap benda ini kerana selepas saya bersama Kedah dan kita capai kejayaan double treble (tiga kejuaraan berganda)saya telah keluar dari Kedah dan dari situ kita dapat lihat saya hadapi cukup banyak masalah,” katanya bila ditemubual oleh portal Harimau Malaya.

Disebabkan campur tangan pengurusan, situasi itu mendorong Azraai mengundur diri sebagai jurulatih. Lagipun, bekas jurulatih berusia 71 tahun itu juga tidak gemar mengheret pertelagahan dengan pengurusan ke pengetahuan media.

“Saya telah buktikan kemampuan saya dalam Liga Malaysia, tapi kalau pengurusan rasa mereka lebih terror (hebat) ‘Kau ambil balik team (pasukan) kau, saya keluar’,” tambahnya.

Advertisements

Prinsip bekas jurulatih Negeri Sembilan itu dipengaruhi oleh prinsip kejujuran dan ketegasan yang dipegang figura bola sepak terkenal Kedah, Allahyarham Dato Paduka Haji Ahmad Basri Akil.

Walaupun pernah digantung dua kali oleh FAM, Allahyarham langsung tidak gentar menegur bila ada perkara salah berlaku. Atas sebab itu, Azraai tetap bersuara walaupun pendapatnya itu kurang popular.

Dari segi pemilihan pemain menurut Azraai, seseorang jurulatih harus mempunyai rangkaian kenalan yang luas termasuk jurulatih dan ejen. Ini bagi memastikan mana-mana pemain yang mahu diambil sememangnya memenuhi keperluan pasukan yang mahu dibentuk.

Advertisements

“Saya ni boleh dikatakan sebagai seorang yang old school (orang lama) tapi saya celik IT, jadi jika ada apa-apa saya akan check (periksa) di Wikipedia terlebih dahulu kerana disitu lebih teratur dan buat kajian tentang pemain yang dimahukan.

Selain itu, satu lagi perkara paling adalah networking (rangkaian kenalan) kerana kita boleh hubungi terus jurulatih yang mengenali pemain yang dimahukan supaya dapat gambaran dengan lebih jelas mengenai pemain itu supaya tidak tertipu,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram