Azraai Khor Yakin Malaysia Mampu Kejutkan Vietnam
Dunia
KFA
Advertisements

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyifatkan peluang Harimau Malaya untuk melangkah ke separuh akhir cerah pada edisi Piala AFF kali ini selain mampu mencipta kejutan ke atas pasukan Vietnam.

Beliau percaya hal ini mampu direalisasikan sekiranya pasukan negara memanfaatkan dua perlawanan awal untuk mengutip 6 mata.

Azraai juga yakin ia turut mampu meningkatkan moral para pemain sebelum berdepan cabaran sebenar pada perlawanan ketiga berdepan Vietnam.

Advertisements

“Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, Harimau Malaya perlu memanfaatkan dua aksi pertama ini dengan mengutip enam mata.”

Keemenangan yang diperoleh juga secara tidak langsung mampu membantu persediaan terbaik para pemain tatkala cabaran sebenar adalah untuk mengekang kemaraan pasukan kendalian Park Hang-seo. 

“Jika motivasi para pemain tinggi pada perlawanan ketiga nanti, saya beranggapan tiada yang mustahil mereka mampu lakar kejutan ke atas Vietnam,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Advertisements

Sambil itu, bekas jurulatih Kedah ini optimis dengan percaturan anak didik Kim Pan-gon bagi mempamerkan aksi terbaik sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan B juara edisi 2018, Vietnam serta Singapura, Myanmar dan Laos Selasa lalu.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan B berdepan Myanmar di laman lawan pada 21 Disember sebelum beraksi di tempat sendiri menentang Laos pada 24 Disember nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram