Azri Ghani Diramal Bersedia Galas Tugas Syihan Hazmi
MakanBola
FA Malaysia

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya penjaga gol KL City FC, Azri Ghani sudah bersedia menggalas peranan Syihan Hazmi Mohamed iaitu penjaga gol utama Harimau Malaya.

Selepas Syihan terpaksa disisihkan Kim Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan, Azri dipilih menggalas tugas sebagai penjaga kubu terakhir negara.

Ad

Penjaga gol berusia 25 tahun itu bukan saja membantu skuad negara seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan menewaskan Chinese Taipei 3-1.

Ad

Malah, Azri juga memastikan gawang Harimau Malaya hanya bocor sebanyak dua kali sepanjang dua perlawanan berkenaan.

Atas sebab itu, Zaquan melihat penjaga gol The City Boys itu sudah bersedia untuk bersaing dengan Syihan merebut slot penjaga gol utama skuad kebangsaan.

Ad

“Ya, pada saya dia sudah bersedia untuk memikul peranan sebagai penjaga gol utama selain Syihan. Kita tahu kualiti Azri Ghani dari segi keyakinan dia.

Ad

“Kita tengok dari (segi) bahasa badan dia, kita tahu dia yakin. Kalau bahasa badan dia nampak yakin, itu yang lebih penting.

Ad

“Penjaga gol kena yakin bila dapat bola. Kalau tiada itu (keyakinan), sukar untuk dia bermain pada tahap tinggi,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Malaysia-Chinese Taipei di Astro Arena baru-baru ini.

Apabila tampil sebagai penjaga gol utama semasa menentang Kyrgyzstan, Azri turut mencipta sejarah peribadi dengan membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya.