Azrif Nasrulhaq Jaring Gol Roket
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Kelibat pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq kembali meniti di bibir penyokong selepas beliau menjaringkan gol yang cukup bermakna buat pasukan.

Pemain pinjaman JDT ini menjadi pilihan utama Fandi Ahmad untuk mengisi posisi pertahanan kanan pasukan.

Ad

Peluang tersebut nyata tidak dipersiakan oleh pemain berusia 30 tahun itu apabila memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi pasukan.

Ad

Pada perlawanan berdepan Kelantan United baru-baru ini, bekas bintang Selangor ini kembali menggegar jaring apabila gol menerusi rembatan jarak jauh.

Gol pertama perlawanan itu terhasil apabila beliau melihat kedudukan penjaga Gol Kelantan United yang sedikit terkeluar dari posisi sebelum membuat keputusan untuk merembat bola dari jauh.

Ad

Bola itu singgah di penjuru gawang gol yang dikawal oleh Ilham Amirullah dan menjadi detik permulaan kemenangan besar 1-5 di tempat lawan.

Ad

Pada musim ini, Azrif menjadi tunjang utama pasukan selepas beraksi dalam 19 perlawanan dalam kesebelasan utama.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Impak yang beliau berikan pada bahagian pertahanan Sri Pahang menyaksikan pasukan itu kini menghuni tangga ke-5 Liga Super dengan 40 mata selepas 20 perlawanan.

Video: Gol Azrif vs Kelantan United