Advertising
Azurin Mazlan Bantu KFF Vllaznia Raih Kemenangan
UltraSukan
Sabah FA Women’s Team

Penjaga gol kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan mula menunjukkan prestasi mantap bersama kelab barunya, KFF Vllaznia.

Ini selepas beliau membantu kelab itu menewaskan kelab Montenegro, Buducnost 3-0 dalam aksi persahabatan yang diadakan baru-baru ini.

Ad

Berita ini dikongsikan Harimau Abroad menerusi satu hantaran di X. “Penjaga gol Vllaznia, Azurin Mazlan beraksi dalam aksi persahabatan yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0 ke atas Buducnost hari ini,” katanya.

Ad

Penyerang Albania, Megi Doci meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Ini selepas Doci dikasari pemain pertahanan Buducnost dalam kotak penalti. Ajdena Mustafaj memastikan tuan rumah mendahului 2-0 sehingga rehat menerusi gol pada minit akhir babak pertama.

Ad

Separuh masa kedua menyaksikan Ajdena menambah satu lagi gol bagi menjadikan kedudukan 3-0. Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Lebih menarik, Azurin membantu KFF Vllaznia kekal tanpa bolos dalam aksi persahabatan berkenaan.

Ad

Ini kelab asing keempat yang disertai beliau dalam kariernya. Selain KFF Vllaznia, Azurin juga pernah beraksi untuk Misaka United (India), NK Osijek (Croatia) dan KFF Presingu (Kosovo).

Sebelum menyertai KFF Vllaznia, beliau membantu Sabah muncul naib juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024.