Penjaga gol Malayan Tigress, Azurin Mazlan berpeluang meraih trofi sulung di Albania.
Ini selepas kelabnya, KFF Vllaznia berjaya mara ke final Superiore Femra dengan menewaskan Apolonia 3-2 dalam aksi separuh akhir kedua pada 14 Mei lalu.
Ini memastikan kelab itu meraih kemenangan agregat 4-3 ke atas Apolonia. Lebih menarik, Azurin turut beraksi mempertahankan gawang Vllaznia.
Kecekapan penjaga gol berusia 25 tahun itu memastikan kelabnya mempertahankan kelebihan tiga gol sehingga wisel penamat.
Ini bakal menjadi trofi sulung Azurin selepas beraksi untuk beberapa pasukan baik di dalam mahupun di luar negara.
Selain Vllaznia, beliau pernah beraksi untuk Misaka United, UPNM, KFF Presingu dan Sabah FC.
Vllaznia bakal bertemu Partizani di pentas akhir pada 19 Mei. Pemenang akan layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Wanita UEFA (UWCL).
Naib juara pula akan mengharungi pusingan kelayakan Piala Europa Wanita UEFA (UWEC) musim hadapan.