Azzmi Aziz Dilantik Jurulatih Baharu Negeri Sembilan
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Spekulasi siapa jurulatih baharu Negeri Sembilan FC akhirnya terjawab apabila pasukan itu memilih bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz.

Perlantikan Azzmi diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben di laman sesawang rasmi pasukan itu hari ini.

Beliau dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, K. Devan. Ini selepas khidmat jurulatih berusia 56 tahun itu tidak dikekalkan pengurusan skuad Rusa pada akhir musim 2023.

Advertisements

Azzmi bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak negeri itu. Ini kerana beliau pernah menggalas peranan sebagai jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dari 2020 hingga 2022.

“Bekas Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab Aziz hari ini diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC yang baharu. Beliau telah dipilih bagi menggantikan K. Devan yang telah tamat kontrak.

“Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan beliau dianggap sebagai pilihan yang tepat buat skuad Jang. Beliau telah terbukti sebagai seorang jurulatih yang berwibawa dan mampu membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

Advertisements

“Azzmi bukanlah asing dalam bola sepak Negeri Sembilan. Beliau sebelum ini pernah membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC selama 3 musim (2020 – 2022) sebelum berhijrah ke PDRM FC.

“Azzmi sebelum itu, berkhidmat sebagai penolong jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selama dua musim (2017 & 2018)

“Komitmen Azzmi terhadap pembangunan pemain tempatan juga menjadi faktor penting yang menjadi kelebihan beliau.

Advertisements

“Beliau akan memberi penekanan kepada pembangunan bakat-bakat tempatan dalam skuad Jang dan membawa mereka ke aras yang lebih tinggi dalam arena bola sepak tempatan,” kata pengurusan skuad Rusa dalam satu kenyataan.

Azzmi menyifatkan perlantikan jawatan tersebut sebagai satu amanah untuk membantu Negeri Sembilan tampil lebih baik untuk musim 2024/25.

“Dengan sokongan semua pihak, Insya Allah kita dapat persembahkan bola sepak yang lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih positif (untuk Negeri Sembilan),” katanya.

Advertisements

Azzmi bakal dibantu K. Nanthakumar dan Kamal Daut sebagai penolong jurulatih. Sementara legenda Negeri Sembilan, Mohd Hamsani Ahmad pula menggalas peranan sebagai jurulatih penjaga gol.

Kelibat Azzmi bakal disaksikan buat kali pertama apabila membimbing Negeri Sembilan menentang KL City FC untuk merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram