BAC: Aaron Chia-Wooi Yik Atasi Wei Keng-Wang Chang, Mara Ke Final
UltraSukan
Badminton Asia
Sponsors

Beregu lelaki nombor dua Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke peringkat akhir Badminton Asia Championships (BAC) 2025.

Aaron-Wooi Yik mara ke final selepas menyingkirkan beregu nombor tiga dunia dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.

Ad

Selepas menyingkirkan juara All England Open 2024, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir, fokus bekas juara dunia itu ialah tiket final BAC 2025.

Ad

Wei Keng-Wang Chang menjadi penghalang antara Aaron-Wooi Yik dengan tiket final. Menariknya, aksi ini juga peluang buat beregu negara membalas dendam terhadap beregu tuan rumah.

Ini kerana Wei Keng-Wang Chang menghalang kemaraan Aaron-Wooi Yik ke pentas final Sukan Olimpik 2024. Juara Denmark Open 2024 itu menang dengan keputusan 21-19, 15-21, 21-17.

Ad

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Pada satu ketika, mereka terikat pada kedudukan 9-9.

Ad

Aaron-Wooi Yik kemudiannya mendahului pada kedudukan 17-11. Kelebihan tersebut terus dipertahankan juara Korea Masters 2024 itu sebelum menang dengan keputusan 21-12.

Ad

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik makin garang di atas gelanggang dengan mendahului pada kedudukan 11-7.

Meskipun cuba dicabar Wei Keng-Wang Chang, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu kekal unggul sebelum menang dengan keputusan 21-14.

Aaron-Wooi Yik bakal bertemu sama ada wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi atau wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana di peringkat akhir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments